ukraine-food-shortage

IMF: Ekonomi Ukraine Akan Runtuh Jika Perang Berlarutan

Kerajaan di Kyiv terus berfungsi, sistem perbankan stabil dan pembayaran hutang berdaya maju dalam jangka pendek, namun pencerobohan Rusia yang berterusan boleh menjerumuskan Ukraine ke dalam kemelesetan yang membinasakan, jelas IMF dalam satu kenyataan.

IMF turut memberi amaran bahawa perang boleh memberi kesan yang lebih luas, termasuk mengancam keselamatan makanan global kerana peningkatan harga yang mendadak dan menjejaskan sektor pertanian terutamanya gandum.

Sekurang-kurangnya, Ukraine akan melihat pengeluarannya jatuh 10 peratus tahun ini, dengan mengandaikan bahawa perang segera tamat,” kata IMF dalam analisis ekonomi susulan pencerobohan Rusia.

Bagaimanapun, badan pinjaman antarabangsa itu memperingkatkan tentang ketidakpastian yang besar pada unjuran dan jika perang berlarutan, keadaan akan bertambah buruk.

Memetik data ketika perang di Irak, Lebanon, Syria dan Yaman, IMF berkata “pengucupan output tahunan berkemungkinan akan menjadi lebih tinggi dalam julat 25-35 peratus.”

Ekonomi Ukraine telah mengembang 3.2 peratus pada tahun lalu berikutan rekod penuaian dan perbelanjaan pengguna yang kukuh.

Namun begitu, pencerobohan Rusia pada 24 Februari telah mengakibatkan “ekonomi di Ukraine berubah secara mendadak,” kata Vladyslav Rashkovan, pengarah eksekutif gantian untuk Ukraine dalam lembaga IMF.

Perubahan itu termasuk kemusnahan hospital, sekolah dan rumah serta “berpuluh-puluh kilometer jalan raya, dan objek infrastruktur kritikal,” jelasnya.

Oleg Ustenko, penasihat ekonomi kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, minggu lalu menganggarkan kerosakan berjumlah AS$100 bilion setakat ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *