Former International Monetary Fund (IMF) Managing Director Christine Lagarde, now confirmed as the next president of the European Central Bank (ECB) poses with current IMF Managing Director Kristalina Georgieva, as they meet for the International Monetary Finance Committee (IMFC) Plenary, during the IMF and World Bank's 2019 Annual Meetings of finance ministers and bank governors, in Washington, U.S., October 19, 2019. REUTERS/Mike Theiler

IMF Sokong ECB Kekalkan Dasar Monetari Longgar, Jangka Inflasi Akan Beransur Reda

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sambil menyebutkan bahawa rantaian bekalan berkemungkinan akan terjejas hingga tahun depan.

Sokongan IMF memberi sedikit kelegaan kepada bekas majikannya, Presiden ECB Christine Lagarde yang mana ketika ini sedang berdepan cabaran untuk meyakinkan pelabur bahawa bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah dalam menghadapi tekanan inflasi.

IMF berkata data-data lalu mengisyaratkan bahawa gaji di zon Eropah hanya akan meningkat secara sederhana dan inflasi, yang mencecah 5.1% bulan lepas, akan jatuh semula di bawah sasaran 2% bank pusat.

Dalam sebuah catatan blog yang ditandatangani oleh pengarah urusan Kristalina Georgieva dan dua pegawainya, “Kami (IMF) menjangkakan inflasi akan sedikit menurun di bawah sasaran ECB sebaik sahaja pandemik mereda.”

“ECB telah membuat keputusan sewajarnya untuk mengekalkan pendirian merangsang monetari sehingga sasaran inflasi jangka sederhananya dipenuhi sambil mengekalkan fleksibilitinya untuk menyesuaikan haluan jika inflasi asas yang tinggi terbukti tahan lebih lama daripada yang dijangkakan,” jelas IMF.

Penjelasan IMF itu dibuat berdasarkan anggaran bahawa KDNK EU akan meningkat 2% pada tahun lalu jika tidak berlakunya gangguan bekalan yang disebabkan oleh lockdown dan kurangnya kakitangan.

Kejutan isu bekalan ini telah menyumbang separuh daripada kenaikan inflasi harga pengeluar kawasan EU, tanpa memasukkan harga tenaga tahun lepas, ujar IMF.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *