solari-indoensia

Indonesia Perlukan Pelaburan Sehingga AS$700 juta Untuk Pemasangan 200 MW Tenaga Solar

Utiliti negara Indonesia, Perusahaan Listrik Negara (PLN) sedang berusaha mencari pelaburan sebanyak AS$700 juta untuk memasang panel solar 200 megawatt (MW) yang akan menggantikan penjana kuasa diesel dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon, kata syarikat itu semalam.

Rancangan itu adalah sebahagian daripada sasarannya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2060.

PLN telah merancang untuk memasang 4.68 gigawatt (GW) panel solar antara 2021 dan 2030.

Pengarah syarikat itu Evy Haryadi berkata panel solar 200 MW adalah fasa pertama rancangan jangka panjang untuk menggantikan 1 GW loji kuasa diesel dengan kuasa solar.

Gabungan kerjasama beberapa negara telah menjanjikan AS$20 bilion pembiayaan awam dan swasta untuk membantu Indonesia beralih kepada tenaga yang lebih bersih di bawah Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP).

Menurut ketua Sekretariat JETP Indonesia Edo Mahendra, Indonesia menyasarkan untuk memuktamadkan pelan terperinci bagi peruntukan dana JETP menjelang Ogos.

Beliau juga berkata rancangan PLN untuk beralih daripada kuasa diesel kepada tenaga boleh diperbaharui akan menjadi program perintis dalam JETP.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *