japan-street2

Inflasi Jepun Kekal Pada Paras Tertinggi Tujuh Tahun Pada Bulan Mei

Harga pengguna teras Jepun melonjak 2.1 peratus sekali lagi pada Mei, peningkatan bulanan kedua berturut-turut pada paras yang tidak pernah dilihat dalam tujuh tahun lalu.

Data rasmi pada hari ini menunjukkan indeks harga pengguna teras, yang tidak termasuk makanan segar, melonjak 2.1 peratus tahun ke tahun pada Mei.

Kenaikan itu adalah susulan lonjakan 2.1 peratus pada April, peningkatan pertama sejak Mac 2015, melepasi 2.0 peratus sasaran inflasi jangka panjang Bank Pusat Jepun (BoJ).

Bacaan yang sejajar dengan jangkaan pasaran itu, muncul selepas BoJ mengekalkan dasar monetarinya yang longgar, walaupun bank-bank pusat utama yang lain telah menaikkannya dengan tujuan membendung peningkatan inflasi.

BoJ bagaimanapun berkata mereka akan “memberi perhatian sewajarnya” kepada pasaran pertukaran mata wang asing selepas yen mencecah paras terendah 24 tahun.

Hal ini kerana, mereka melihat kenaikan harga baru-baru ini sebagai trend sementara dan tidak menentu.

Oleh itu, BoJ berkata mereka perlu kekal dengan pelonggaran untuk mencapai kenaikan yang lebih berpanjangan.

Sementara itu, inflasi di beberapa negara ekonomi besar, terutamanya di AS telah melonjak tinggi sepanjang pandemik, didorong oleh gangguan bekalan yang mana semakin parah selepas Rusia menceroboh Ukraine pada Februari lalu serta sekatan negara barat ke atas Moscow.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *