pound-gbp5

Inflasi Tahunan UK Mencecah Paras Tertinggi Hampir 30 Tahun Lalu

Kadar inflasi tahunan Britain meningkat pada Januari kepada 5.5 peratus, paras tertinggi sejak hampir 30 tahun, meningkatkan tekanan ke atas kos sara hidup.

Menurut data rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Negara (UK) hari ini, bacaan indeks harga pengguna (CPI) meningkat daripada 5.4 peratus yang dikeluarkan pada bulan Disember.

Sementara paras 5.5 peratus merupakan yang tertinggi sejak Mac 1993, jelas mereka.

Harga telah melonjak di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, yang mana sebahagian besarnya didorong oleh lonjakan harga tenaga.

Selain itu, para pengguna turut menghadapi peningkatan kos makanan yang lebih tinggi apabila ekonomi dibuka semula daripada penutupan akibat pandemik.

“Kami memahami tekanan yang dihadapi orang ramai dengan kos sara hidup. Ini adalah cabaran dunia,” kata menteri kewangan Britain, Rishi Sunak sebagai reaksi kepada data hari ini.

Berhadapan dengan peningkatan inflasi dan kenaikan gaji pekerja yang terbantut, bank-bank pusat di seluruh dunia kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah lebih agresif.

Bank Pusat England (BoE) pada awal Februari telah menaikkan kadar faedah buat kali kedua berturut-turut bertujuan meredakan tekanan inflasi.

BoE turut mengunjurkan bahawa kadar inflasi tahunan Britain akan memuncak pada 7.25 peratus pada April.

“Kenaikan inflasi CPI terkiniā€¦ akan menambah tekanan ke atas BoE untuk terus menaikkan kadar faedah dengan pantas”, kata Paul Dales, ketua ekonomi UK di Capital Economics.

Para penggubal dasar bank pusat telah menaikkan kadar faedah daripada rekod terendah 0.1 peratus kepada 0.25 peratus pada bulan Disember, pengetatan dasar pertama sejak tiga tahun dan menaikkan lagi pada bulan ini ke paras 0.5 peratus.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *