sime-darby-china

Isu Covid Memperlahankan Pemulihan, Bank Dunia Turunkan Unjuran Pertumbuhan China

Bank Dunia telah secara mendadak menurunkan unjurannya terhadap pertumbuhan tahunan China, dengan memberi amaran bahawa gangguan Covid dapat memperlahankan pemulihan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

China adalah ekonomi utama yang terakhir bersandar dengan dasar Covid sifar, menggunakan sekatan pergerakan segera dan ketat serta ujian besar-besaran untuk menghapuskan penularan wabak.

Bagaimanapun China berhadapan kekusutan rantaian bekalan dan penunjuk ekonomi yang telah terseret ke tahap terendah dua tahun.

Pertumbuhan di China diunjurkan bergerak perlahan ke paras 4.3 peratus pada 2022, lapor Bank Dunia, mencatat penurunan 0.8 peratus berbanding jangkaan pada Disember lalu.

Angka itu “sebahagian besarnya mencerminkan kerosakan ekonomi yang telah disebabkan oleh wabak Omicron dan sekatab yang berpanjangan di beberapa kawasan di China dari bulan Mac hingga Mei,” kata laporan itu.

Sepanjang tempoh tersebut, sekatan ke atas berpuluh-puluh bandar termasuk hab pembuatan Shenzhen dan Shanghai telah menjejaskan operasi perniagaan dan menyebabkan pengguna kekal di dalam rumah.

“Dalam jangka masa pendek, China akan menghadapi dua cabaran dalam mengimbangi pengurangan kes Covid-19 dengan dengan menyokong pertumbuhan ekonomi,” kata Martin Raiser, pengarah negara Bank Dunia bagi China, Mongolia dan Korea.

Namun begitu, permintaan domestik mungkin akan pulih secara beransur-ansur dan hanya mengimbangi sebahagian kerosakan yang berkaitan dengan pandemik terdahulu, tambah beliau.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *