Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura dijangka bertemu dengan eksekutif syarikat minyak milik kerajaan Malaysia Petronas pada persidangan bermula Isnin ini di Jepun, dan dijangka akan menandatangani memorandum projek itu.
Keputusan Jepun ini merupakan percubaan pertama mereka untuk membawa dan menyimpan pelepasan karbon ke luar negara, dan disasarkan akan bermula pada 2028.
Jepun sedang berusaha untuk mencapai karbon bersih sifar menjelang 2050 dengan merancang untuk menyimpan 120 hingga 240 juta tan CO2 setahun di bawah tanah, iaitu 10% hingga 20% daripada keluaran semasa, lapor Nikkei.
Jepun akan memulakan perbincangan untuk menyimpan pelepasan karbon dioksida di Malaysia, lapor akhbar Nikkei hari ini.
Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura dijangka bertemu dengan eksekutif syarikat minyak milik kerajaan Malaysia Petronas pada persidangan bermula Isnin ini di Jepun, dan dijangkan menandatangani memorandum projek itu.