usdjpy-yen-3

Jepun Tidak Menolak Opsyen Mata Wang Jika Spekulasi FX Berterusan

Jepun tidak akan menolak sebarang opsyen pada mata wang jika pergerakan spekulatif berterusan, komen yang dilihat memberi amaran terhadap penjualan dalam yen.

Jurucakap tertinggi Tokyo, Hirokazu Matsuno dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya terhadap turun naik pertukaran asing yang berlebihan tanpa mengecualikan sebarang opsyen.

Kenyataan pada hari Rabu itu adalah yang paling tegas sejak pertengahan Ogos, ketika mata wang Jepun merosot melepasi ambang utama 145 per dolar.

Sejak itu, pihak berkuasa telah berhenti melepaskan sebarang amaran, memastikan peniaga meneka tentang strategi campur tangan Jepun.

Kanda, Timbalan Menteri Kewangan bagi Hal Ehwal Antarabangsa Jepun berkata “Kami tidak akan menolak sebarang pilihan jika langkah spekulatif berterusan.”

“Tidak dinafikan, adalah penting bagi pergerakan mata wang untuk mencerminkan fundamental,” tambahnya.

Dolar telah memperoleh momentum berikutan pandangan bahawa Federal Reserve berkemungkinan menaikkan kadar sekali lagi untuk menghadapi inflasi yang berterusan kukuh.

Sementara itu, bank pusat Jepun (BOJ) pula dijangka meneruskan pelonggaran yang kuat untuk menarik permintaan.

Matsuno, ketua setiausaha kabinet Jepun, berkata kerajaan kini sedang memantau pasaran mata wang “dengan keinginan untuk bertindak segera”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *