Mr. DIY disenaraikan di Bursa Saham Bangok

Rio Boestamam
2 Min Read

Penawaran awam permulaan (IPO) tersebut dijangka mengutip sehingga RM470 juta bagi MR DIY Holding (Thailand) PCL untuk tujuan pengembangan dan operasi, menurut prospektus syarikat di Bursa Saham Thailand. Selain itu, IPO ini juga akan menjana RM263 juta lagi untuk pemegang saham semasa, MDIH Singapore Pte Ltd.

Syarikat Mr DIY Thailand, yang kini mengendalikan lebih 1,000 cawangan, diurus dan dimiliki secara berasingan daripada MR DIY Group (M) Bhd (KL:MRDIY) yang tersenarai di Malaysia. Walaupun kedua-duanya berkongsi pemegang saham utama yang sama.

Menurut senarai Forbes, Tan bersaudara kini mempunyai nilai bersih sebanyak AS$2.15 bilion (RM9.09 bilion) dan berada di tangga ke-12 antara individu terkaya di Malaysia. Tahun lalu, mereka turut menyenaraikan perniagaan mereka di Indonesia, PT Daya Intiguna Yasa Tbk, yang juga bukan anak syarikat atau syarikat sekutu entiti tersenarai di Malaysia.

Mr DIY mula beroperasi pada Julai 2005 sebagai sebuah kedai perkakasan kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Mr DIY kini mempunyai lebih daripada 5,000 kedai menjual pelbagai barangan daripada pemutar skru hingga anak patung di seluruh Asia, Eropah dan Afrika, menurut laman web syarikat.

Di Thailand, Mr DIY menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 200 cawangan baharu pada tahun ini dan 210 lagi pada tahun 2026, menurut prospektus penyenaraian mereka. Hasil daripada IPO itu juga akan digunakan sebagai modal kerja dan bagi membayar semula pinjaman bank.

IPO di Thailand itu akan ditawarkan pada harga antara 8.30 baht (RM1.08) hingga 8.60 baht sesaham, dan tempoh langganan dibuka dari 27 hingga 29 Oktober. Secara keseluruhan, penyenaraian ini akan menawarkan sehingga 10.89% pegangan kepada para pelabur.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *