ford

Jualan kenderaan Ford AS Hampiri Dua Juta Unit Pada 2023

Ford gergasi kereta menjual hampir dua juta unit kenderaan di Amerika Syarikat tahun lepas, umum syarikat itu semalam, disokong oleh peningkatan jualan kenderaan elektrik dan pertumbuhan berterusan dalam trak enjin pembakaran dalaman.

Angka-angka ini mewakili peningkatan lebih tujuh peratus tahun ke tahun, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, sehari selepas saingan General Motors dan Toyota juga melaporkan peningkatan dalam jualan mereka di AS.

“Dalam satu tahun penuh cabaran, daripada mogok buruh kepada isu pembekalan, barisan kenderaan gas, elektrik dan hibrid kami yang menakjubkan serta pengedar hebat kami memberikan pertumbuhan dan momentum yang kukuh,” kata ketua eksekutif Ford, Jim Farley.

Angka jualan Ford 2023 yang kukuh muncul walaupun berdepan mogokan selama enam minggu oleh kesatuan Pekerja Auto Bersatu awal tahun ini yang menekan pengeluaran di “Tiga Gergasi” pembuat kenderaan, Ford, GM dan Stellantis.

Mogok itu menggerakkan kira-kira 45,000 ahli kesatuan pada satu waktu, sebelum berakhir pada penghujung Oktober setelah ahlinya bersetuju dengan gaji dan syarat baharu.

Angka jugalan Ford 2023 juga disokong oleh peningkatan 15 peratus dalam jualan kenderaan siri F, yang kekal sebagai rangkaian trak terlaris Amerika selama hampir setengah abad.

Daripada hampir dua juta kereta yang dijual Ford pada lalu, sekitar 1.8 juta daripadanya adalah kenderaan enjin pembakaran dalaman, lapor mereka.

Walau bagaimanapun, kedua-dua EV dan jualan hibrid meningkat secara mendadak berbanding setahun yang lalu, menunjukkan beberapa kemajuan terhad dalam peralihan syarikat ke arah kenderaan tanpa karbon.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *