Red vintage car with Union Jack flag and brexit or bye words over an UE map and flag. Symbolizing the Brexit concept.The UK is thus on course to leave the EU on 29 March 2019

Kementerian Ekonomi Perancis: Brexit Menjejaskan Perdagangan EU-UK

Kementerian Ekonomi Perancis dalam satu kenyataan berkata jika perdagangan antara Britain dan EU tidak meningkat selepas Brexit, jumlah pertukaran komersial akan jauh lebih rendah pada tahun lalu berbanding 2019.

Sepanjang 10 bulan pertama tahun lalu, eksport Kesatuan Eropah ke Britain jatuh sebanyak 15 peratus mengikut nilai, ujarnya.

Sementara itu, menurut data yang dikeluarkan setahun selepas perjanian perdagangan baharu antara UK dan EU berkuat kuasa, import barangan EU dari Britain jatuh sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama terutamanya sektor automotif, tekstil dan aeronautik.

Angka-angka itu bagaimanapun perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati berikutan pandemik Covid-19 mempunyai kesan besar terhadap aliran perdagangan.

Perjanjian perdagangan baharu antara Britain dan EU yang berkuat kuasa pada awal 2021 telah mewujudkan semula pemeriksaan kastam di sempadan dan menambah beban pentadbiran bagi syarikat pengangkutan.

Selain itu, ia juga mengakibatkan kelewatan serta menambah kerumitan ke atas syarikat yang bergantung pada penghantaran yang tetap dan cepat.

Peruncit dari UK, Marks & Spencer telah menutup lebih separuh cawangannya di Paris berikutan kesukaran untuk menyimpan barangan yang mudah rosak dan terjejasnya bekalan produk segar akibat Brexit.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *