yen-jepun-jpy-1

Kemerosotan Yen Buka Peluang Kecil Untuk Bank Pusat Jepun Mengubah Dasar

Tekad Bank Pusat Jepun (BoJ) untuk mempertahankan dasar ultra longgarnya menghadapi serangan daripada pelabur yang mempertaruhkan bahawa bank pusat akan tunduk kepada situasi pasaran global terkini, membuka peluang yang kecil untuk mereka mengubah polisi jangka pendeknya.

Walaupun segelintir pihak menjangkakan BoJ akan membuat perubahan pada kepada dasar lekukan kawalan hasil (YCC), yang telah memandu hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun sekitar paras 0 peratus, namun kejatuhan mendadak dalam mata wang yen telah memicu kebimbangan.

Kejatuhan itu sebahagiannya didorong oleh usaha agresif bank pusat untuk mempertahankan had 0.25 peratus ke atas sasaran hasil pulangan bon kerajaan.

Memetik beberapa sumber akhbar, sebahagian penganalisis berpandangan bahawa BoJ tidak melihat sebarang perubahan terhadap dasar, namun spekulasi muncul apabila kejatuhan mendadak yen dilihat semakin menjejaskan ekonomi.

Tambahan pula, mereka berpandangan bahawa tidak mungkin BoJ akan berdiam diri sedangkan Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah dengan angka yang lebih besar pada minggu ini.

Mengulas tentang perubahan dasar, Perdana Menteri Fumio Kishida berkata bahawa dasar monetari bukan sahaja menjejaskan pergerakan mata wang tetapi termasuk syarikat kecil dan sederhana melalui kos pinjaman.

“Walaupun pergerakan mata wang adalah isu yang besar, saya melihat BoJ akan menilai pelbagai kesan sebelum membuat keputusan,” jelas Kishida pada sidang akhbar.

Prospek kenaikan kadar faedah AS yang agresif telah melonjakkan kadar faedah jangka panjang di seluruh dunia, termasuk di Jepun, memaksa BoJ untuk meningkatkan pembelian bon untuk mempertahankan had hasilnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *