philips-healthcare

Kerugian Semakin Besar, Philips Akan Buang 4,000 Kakitangan Di Seluruh Dunia

Pengilang peranti perubatan Belanda, Philips hari ini berkata ia akan mengurangkan 4,000 kakitangan berikutan penalti yang besar atas kerosakan alat pernafasan tidur sehingga menyebabkan syarikat dalam kerugian.

Denda sebanyak €1.3 bilion ke atas mesin yang rosak telah menyebabkan firma itu mengalami kerugian bersih pada jumlah yang sama, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Philips telah ditipu oleh peranti yang rosak yang menyebabkan pengguna yang mengalami gangguan pernafahan semasa tidur berisiko terhidu buih toksik.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Philips telah meletakkan jawatan pada awal tahun ini selepas menerajui peralihan syarikat daripada pengeluar elektronik pengguna kepada pengeluar peranti perubatan sejak 12 tahun lalu.

Philips telah mengetepikan sebanyak €900 juta untuk alat pernafasan yang rosak dan telah memberi amaran pada dua minggu lalu bahawa syarikat mungkin akan dikenakan caj €1.3 bilion pada suku ini.

CEO Philips yang baru, Roy Jakobs berkata “keutamaan segeranya ialah… untuk menambah baik pelaksanaan supaya kami boleh mula membina semula kepercayaan pesakit, pengguna dan pelanggan, serta pemegang saham dan pihak berkepentingan kami yang lain”.

Jakobs berkata Philips akan menggandakan keselamatan pesakit dan pengurusan kualiti, menambah baik operasi rantaian bekalan supaya ia dapat memenuhi pesanan dengan lebih baik.

Selain itu, beliau juga akan menjalankan penstrukturan semula operasi untuk meningkatkan produktiviti.

“Ini termasuk keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan, iaitu mengurangkan tenaga kerja kami dengan serta-merta sekitar 4,000 kakitangan di seluruh dunia,” kata Jakobs.

Setakat hari ini, badan konglomerat multinasional dari Belanda itu telah menggaji hampir 80,000 orang di 100 buah negara.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *