swiss-franc

Kos Guaman Meningkat, Credit Suisse Bakal Berdepan Kerugian Suku Pertama

Gergasi Perbankan Switzerland, Credit Suisse memberi amaran bahawa ia akan menghadapi kerugian pada suku pertama disebabkan oleh kesan daripada kes undang-undang yang lama dan pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Bank kedua terbesar Switzerland itu berkata hasilnya “akan terjejas teruk” akibat peperangan Ukraine dengan 200 juta franc Swiss (RM904 juta) dijangka hilang dalam bentuk pendapatan dan peruntukan untuk kerugian kredit.

Credit Suisse juga telah menetapkan tambahan 600 juta franc Swiss untuk menampung kos guaman atas satu tindakan undang-undang yang telah bermula lebih dari satu dekad lalu, menjadikan jumlah peruntukan bagi kes itu kepada 700 juta franc Swiss.

Bank itu juga akan berdepan dengan kerugian sekitar 350 juta franc Swiss akibat penurunan nilai pegangannya di Allfund Group, sebuah platform perniagaan ke perniagaan.

Credit Suisse pada tahun 2021 telah mengalami kerugian berikutan kejatuhan mengejut firma perkhidmatan kewangan Greensill dan Archegos.

Bagaimanapun, mereka menyebutkan bahawa sebahagian kerugian pada suku pertama akan diimbangi oleh pemulihan 170 juta franc Swiss yang telah diketepikab dalam peruntukan berkaitan Archegos, termasuk keuntungan hartanah sebanyak 160 juta franc Swiss.

Credit Suisse akan menerbitkan keputusan suku tahunannya pada 27 April.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *