russia-flag-soldier

Krisis Rusia,Ukraine: Dua Potensi Senario Negatif- ABN Amro

Rusia pada Khamis telah Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine dari pelbagai arah.

Krisis itu serta-merta mengubah keinginan risiko pasaran. Pakar strategi di ABN Amro menyatakan dua senario negatif yang berpotensi berlaku.

Pertama dan dengan kemungkinan yang sangat tinggi adalah senario berlakunya kejutan harga. Harga komoditi akan terus meningkatan sementara

“Harga akan kekal meningkat sepanjang waktu yang boleh dijangkakan, sehingga kita melihat beberapa langkah diambil untuk mengurangkan konflik,” jelasnya.

Kenaikan harga itu akan memberi kesan kepada ekonomi makro, terutamanya mendorong peningkatan inflasi, namun kesan daripada peningkatan harga tenaga berkemungkinan akan melembapkan aktiviti ekonomi.

Walaupun inflasi yang tinggi dapat menghadkan kecenderungan untuk melonggarkan dasar, namun risiko penurunan terhadap pertumbuhan adalah lebih besar sehingga berpotensi mendorong ECB untuk membatalkan rancangan menamatkan pembelian aset dan kenaikan kadar faedah pada Disember.

Senario kedua adalah kejutan bekalan. Selain daripada kejutan harga, bekalan fizikal gas juga akan terganggu, berkemungkinan akibat daripada tindak balas terhadap sekatan yang dikenakan oleh negara-negara barat.

Kenaikan harga yang signifikan juga akan mengakibatkan pengucupan dalam aktiviti ekonomi dna senari stagflasi.

Situasi ini akan mendorong ECB untuk meningkatkan pembelian asetnya bagi membendung kenaikan yang berterusan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *