global-currency-1

Lonjakan Dolar AS Memaksa Campur Tangan Bank Pusat Di Asia Bagi Mengurangkan Ancaman

Kemaraan dolar AS ke paras tertinggi dua tahun telah menggugat kedudukan mata wang Asia, sekali gus memaksa para pembuat dasar untuk segera bertindak bagi mengurangkan kerugian.

Daripada penjualan dolar secara langsung sehingga campur tangan secara lisan, pihak berkuasa sedang menggunakan segala alat yang dimilik bagi menangkis ancaman mata wang.

India telah campur tangan dalam pasaran spot dan hadapan bagi mempertahankan rupee, yang mana telah mencatat rekod terendah pada Isnin lalu.

Kerajaan Jepun pula dilihat cuba mendorong peningkatan yen yang mana berlawanan dengan pendirian akomodati Bank Pusat Jepun.

China pula cuba mengubahsuai parameter dasar mereka untuk memperlahankan kejatuhan atau sebarang pergerakan mendadak yuan.

Taiwan juga telah campur tangan pada bulan lalu apabila mata wangnya jatuh sekitar 7 peratus pada tahun ini, ditekan oleh jualan asing saham syarikat teknologi.

Hong Kong juga dijangka akan mula campur tangan apabila mata wangnya kini menghampiri julat terendah dalam jalur dagangannya

“Bank-bank pusat Asia menjadi semakin bimbang dengan kedudukan mata wang yang lebih lemah dan inflasi yang lebih tinggi,” kata Mansoor Mohi-uddin, ketua ekonomi di Bank of Singapore Ltd.

Beliau turut memperingatkan bahawa campur tangan tersebut berkemungkinan tidak berjaya jika Fed kekal hawkish dengan dasar dan kadar faedahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *