binance-zho-ceo

Mahkamah AS Luluskan Denda AS$4.3 bilion Ke Atas Binance Akibat Pengubahan Wang Haram

Binance Holdings Ltd (BHL), bursa mata wang kripto terbesar di dunia, akan membayar AS$4.3 bilion (RM20.54 bilion) akibat pelanggaran undang-undang anti-pengubahan wang haram dan sekatan dalam penyelesaian yang diluluskan oleh hakim AS semalam.

Hakim Washington, Richard Jones meluluskan perjanjian pengakuan antara Binance dan pendakwa raya persekutuan yang meminta syarikat itu membayar denda AS$1.8 bilion dan pelucuthakan AS$2.5 bilion.

“Binance mendapat keuntungan daripada sistem kewangan AS tanpa bermain mengikut peraturannya dan, akibatnya, penjenayah menggunakan pertukaran itu untuk memindahkan ratusan juta dolar dana yang dicuri dan hasil haram,” kata kerajaan dalam memorandum hukumannya.

Mahkamah berkata penalti itu adalah yang terbesar pernah dikenakan terhadap perniagaan perkhidmatan wang dan “sepadan dengan buruknya tingkah laku jenayah Binance.”

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicapai pada November, ketua eksekutif Binance Changpeng Zhao mengaku bersalah melanggar undang-undang anti-pengubahan wang haram AS dan bersetuju untuk melepaskan jawatannya.

Binance telah ditubuhkan pada 2017 dan menyudut sebahagian besar pasaran dagangan kripto, menjadikan Zhao sebagai jutawan.

Binance menjalankan pertukaran crypto dan menyediakan perkhidmatan lain di seluruh dunia, namun ia telah menerima kesan teruk sejak pasaran crypto runtuh dan pengawal selia mula menyiasat kesahihan perniagaannya.

Semasa Binance diasaskan di China, Zhao memindahkan operasinya ke lokasi lain di peringkat antarabangsa selepas tindakan keras terhadap sektor crypto oleh Beijing.

Industri ini pada 2021 dengan rangkaian produk yang kompleks dan sokongan selebriti mendorongnya kepada penilaian melebihi AS$3 trilion pada 2022.

Bagaimanapun, beberapa siri skandal termasuk keruntuhan bursa FTX dan pertuduhan jenayah ke atas eksekutifnya menyaksikan keyakinan orang ramai hilang dan pelabur mengeluarkan wang mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *