XM (1)

Majlis Iftar Bersama XM 2024

Atas semangat perpaduan dan kesyukuran, XM menganjurkan majlis Iftar yang menyuburkan hati, mengumpulkan rakan niaga dan insan tersayang mereka untuk menyambut keberkatan bulan Ramadhan.

Acara yang diadakan pada Mac 2024, merupakan peluang yang baik bagi semua untuk berhubung, mengukuhkan ikatan dan berkongsi kegembiraan bulan ini. Para tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan Iftar yang lazat, mempamerkan kepelbagaian rasa masakan tradisional Melayu.

Untuk menambah kemeriahan, ‘photobooth’ direkasuai khas telah disediakan, membolehkan tetamu merakam detik-detik berharga ini bersama insan tersayang dan rakan mereka.


Selain itu, para tetamu turut diberikan kejutan dengan hadiah khas Ramadhan sebagai tanda terima kasih daripada XM atas sokongan dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi.

XM mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua yang menghadiri perhimpunan Iftar, menjadikannya majlis yang benar-benar istimewa dan tidak dapat dilupakan. XM menghargai perkongsian kukuh yang terjalin dan berharap untuk terus memupuk hubungan ini pada masa hadapan.

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada keluarga XM, sertai Program Rakan Niaga mereka untuk memulakan perjalanan dan peroleh kejayaan bersama dengan XM.

Daftar hari ini dan mari capai matlamat anda bersama!

KLIK SINI

TONTON VIDEO PENUH DI SINI

#XM #XMMalaysia #XMIftar2024 #LeadingTheWay #ChooseXM

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *