malaysia-uae-MOU

Malaysia, UAE Tingkatkan Kerjasama, Labur RM40.6b Dalam Tenaga Boleh Baharu

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sesi lawatan kerja di Emiriah Arab Bersatu berjaya menjana RM40.6 bilion pelaburan komited untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Pelaburan yang diperoleh adalah termasuk komitmen oleh Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti 10GW di Malaysia menjelang 2025.

Kerjasama itu digariskan dalam perjanjian awal antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar), kata Anwar dalam catatan di Facebook semalam.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Masdar telah termeterai hari ini.

“Kami amat berbesar hati kerana walaupun tempoh lawatan kerja yang singkat, kami berjaya memperoleh RM40.6 bilion pelaburan komited. Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE kukuh dan merangkumi pelbagai sektor.

“Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Misi Push for Net Zero, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian rendah karbon adalah nadi kepada pelaburan sasaran baharu Malaysia,” kata Menteri Miti Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama strategik MITI dengan MASDAR dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan memberi laluan kepada aspirasi Malaysia terhadap teknologi baharu yang memberi keutamaan kepada penyelesaian rendah karbon, pembuatan hijau dan ekonomi kitaran.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *