euro-25-e1529881626557

Mata Wang Euro Bakal Mencatat Prestasi Bulanan Terbaik Dalam Tempoh Setahun

Euro sedikit merosot pada hari ini, namun masih menuju prestasi bulanan terbaik sejak Mei tahun lalu, didorong oleh jangkaan ‘rate hike’ ECB serta melemahnya kecenderungan hawkish pada dasar kewangan Fed.

Setakat jam 3.45 petang, EUR/USD didagang sekitar 1.0743, susut 0.3% selepas naik mencecah 1.0786 pada sesi yang lalu selepas data menunjukkan inflasi Jerman melonjak ke paras tertinggi 50 tahun pada bulan Mei.

Situasi di Jerman itu dilihat akan mendorong bank pusat untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif bermula bulan Julai ini, peningkatan kadar faedah pertama oleh ECB sejak dunia dilanda pandemik.

Bacaan CPI Zon Eropah akan dikeluarkan pada hari ini dan penganalisis CBA berkata data Jerman memberi isyarat bahawa kemungkinan ia akan melebihi jangkaan.

Di samping itu, “Terdapat beberapa pegawai ECB berkata bahawa tidak dapat disangkal lagi tentang prospek kadar faedah Eropah yang lebih tinggi,” kata CBA dalam notanya kepada pelanggan.

Euro bakal mencatat kenaikan 1.9 peratus berbanding dolar pada bulan Mei yang mana merupakan peningkatan bulanannya yang terbesar dalam tempoh 12 bulan.

“Tumpuan telah beralih daripada inflasi yang lebih tinggi serta kenaikan kadar faedah yang lebih banyak kepada sama ada pengetatan dasar Fed telah memberi tekanan kepada ekonomi.

“Hal itu telah menyebabkan dolar melemah sejak beberapa minggu lalu,” kata Redmond Wong, pakar strategi pasaran di Saxo Markets Hong Kong.

Bagaimanapun beliau menyebutkan bahawa “trend dolar yang lemah masih mampu berubah” berikutan belum ada kepastikan bahawa Fed telah berpaling sepenuhnya daripada pengetatan dasar yang agresif.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *