mercs

Mercedes-Benz Umum Henti 3,600 Pekerja Di Brazil

Mercedes-Benz semalam mengumumkan bahawa syarikat akan memecat 3,600 pekerja dalam penstrukturan semula kilang casis trak dan basnya di Sao Paulo, Brazil.

Syarikat pengeluar kereta multinasional dari Jerman itu merancang untuk mendapatkan perkhidmatan luar bagi elemen operasinya di bandar Sao Bernardo.

Rancangan itu merupakan salah satu usaha syarikat menghadapi tekanan kos dan industri automobil yang sedang berubah.

Mercedes-Benz berkata ia akan mendapatkan sumber luar bagi pengeluaran gandar hadapan dan medium penghantaran, serta perkhidmatan logistik dan penyelenggaraan, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan.

Sementara itu, Mercedes akan menumpukan pada perniagaan terasnya, yang mana termasuk pengeluaran casis bas dan trak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Mercedes-Benz akan memberhentikan 2,200 pekerja dari kilang Sao Bernardo, manakala 1,400 pekerja tambahan tidak akan diperbaharui kontrak sementara mereka mulai Disember.

Kesatuan utama pekerja syarikat itu, Sindicato dos Metalurgicos do Grande ABC, berkata ketuanya telah bertemu dengan lembaga pengarah Mercedes-Benz petang semalam.

Wakil syarikat yang terlibat dilaporkan telah memohon untuk memulakan rundingan berhubung keputusan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *