euro-23

Mood Bercuti, Ketiadaan Data, Volatiliti Rendah, EUR/USD Kekal Dalam Julat Yang Kecil

EUR/USD kekal didagang dalam julat yang diketahui berikutan gabungan antara cuti umum bulan Ogos di Eropah serta ketiadaan data ekonomi utama menghalang para pelabur daripada membuka sebarang posisi yang signifikan.

Setakat jam 8.35 malam, EUR/USD didagang sekitar 1.0236, naik 0.4 peratus.

Pasaran kini sedang menunjukkan sikap tunggu dan lihat menjelang pengumuman hari esok yang akan menentukan laluan inflasi di Jerman dan AS.

Hal ini kerana data-data baharu akan mengukuhkan lagi jangkaan apakah dasar yang sedang ditempuhi oleh Fed dan bank pusat Eropah (ECB) dalam menaikkan kadar faedah akan kekal, akan dihadkan atau diperluaskan.

Kenaikan yang ketara dalam harga tenaga beberapa bulan kebelakangan ini telah meningkatkan lagi tekanan inflasi dalam negara-negara ekonomi terbesar dunia.

Usaha mengawal tekanan oleh bank-bank pusat utama menerusi kenaikan kadar faedah utama menjadi salah satu faktor terpenting yang mempengaruhi kadar pertukaran mata wang.

Pengetatan dasar Fed yang lebih agresif berbanding ECB, telah memicu kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi.

Di tambah dengan hasil bon AS yang kekal pada paras yang menarik dilihat telah menjadi faktor utama dalam memandu dinamik pergerakan dolar pada hari ini./

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *