im-289215

Netflix Dikejutkan Dengan Kehilangan Pelanggan, Rancang Untuk Menawarkan Pelan Lebih Murah

Netflix Inc berkata inflasi, perang di Ukraine dan persaingan sengit menyumbang kepada kehilangan pelanggannya untuk kali pertama sejak Oktober 2011.

Syarikat penstriman itu juga mengunjurkan lebih banyak penguncupan di masa hadapan, menandakan peralihan yang mendadak dalam trajektori sebuah syarikat penstriman yang berkembang pesat semasa pandemik.

Saham Netflix jatuh 26 peratus selepas pembukaan pasaran semalam, memadamkan kira-kira AS$ 40 bilion daripada nilai pasaran sahamnya.

Sejak syarikat melaporkan pertumbuhan pelanggan yang lemah pada bulan Januari, Netflix telah kehilangan hampir separuh daripada nilainya.

Pertumbuhan pelanggan yang semakin merosot mendorong Netflix untuk kali pertama mengumunkan bahawa mereka mungkin akan menawarkan versi perkhidmatan yang lebih murah bersama pengiklanan.

Netflix mengumunkan bahawa mereka telah kehilangan 200,000 pelanggannya pada suku pertama, meleset jauh berbanding jangkaan penambahan 2.5 juta pelanggan.

Tindakan Netflix menggantungkan perkhidmatan di Rusia selepas pencerobohan Ukraine juga mengakibatkan kehilangan 700,000 ahli.

Selain Netflix, syarikat penstriman lain turut mengalami situasi yang sama dengan saham Roku jatuh 6 peratus, Walt Disney 5 peratus dan Warner Bros 3.5 peratus.

Sebagai tambahan kepada pelan yang disokong oleh pengiklanan, syarikat itu juga ingin menjana pendapatan tambahan daripada pelanggan yang berkongsi akaun mereka dengan rakan atau keluarga di luar rumah mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *