NYK-Line

Nippon Yusen Jepun Gantung Pelayaran Melalui Laut Merah

Nippon Yusen dari Jepun mengumumkan pada hari ini bahawa mereka akan menyertai syarikat-syarikat perkapalan utama lain dalam menggantung pelayarannya melalui Laut Merah sebagai tindak balas kepada serangan pemberontak Huthi ke atas kapal di laluan air penting itu.

“Kami telah menggantung pelayaran melalui Laut Merah ke atas semua kapal yang kami kendalikan,” kata jurucakap Nippon Yusen, sambil menambah keputusan itu adalah untuk “memastikan keselamatan anak kapal.”

Pada Jumaat lalu, tentera AS dan UK telah mengebom beberapa sasaran di dalam Yaman yang dikuasai pihak pemisah Houthi sebagai tindak balas kepada serangan mereka.

Houthi dalam beberapa laporan berkata bahawa mereka telah menyasarkan serangan ke atas perkapalan berkaitan Israel di Laut Merah sebagai solidariti ke atas Gaza.

Laut Merah merupakan laluan utama antara pasaran Asia dan Eropah dan kebiasaannya membawa kira-kira 12 peratus daripada perdagangan maritim seluruh dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *