FILE PHOTO: The logo of the Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) inside its headquarters in Vienna, Austria, December 7, 2018.  REUTERS/Leonhard Foeger/File Photo - RC1A7A61D7F0

OPEC+ Abaikan Tekanan Barat, Kekal Dengan Penambahan Output Minyak Yang Sederhana

Kumpulan negara pengeluar minyak OPEC dan sekutunya yang diketuai Rusia bersetuju dengan satu lagi peningkatan pengeluaran minyak yang sederhana semalam, mengabaikan tekanan Barat untuk meningkatkan pengeluaran lebih agresif.

23 anggota OPEC+ menyokong peningkatan sebanyak 432,000 tong sehari pada bulan Mei, dengan penambahan kecil berbanding bulan sebelumnya.

OPEC dalam satu kenyataan selepas mesyuarat antara menteri berkata bahawa “asas pasaran minyak yang berterusan dan persetujuan bersama mengenai prospek menunjukkan pasaran yang seimbang”.

Sementara “volatiliti ketika ini bukanlah disebabakan fundamental, tetapi didorong oleh perkembangan semasa geopolitik,” jelas mereka.

AS sebelum ini telah menggesa OPEC+ untuk menambah lebih banyak pengeluaran berikutan peningkatan harga minyak telah mengakibatkan lonjakan inflasi seluruh dunia, yang mana telah mengancaman pemulihan daripada wabak.

Harga minyak telah melonjak tinggi susulan kebimbangan akan berlakunya gangguan bekalan utama selepas Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu.

Namun, ia kembali merosot dengan harapan akan berlakunya perjanjian damai antara kedua-dua negara, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap isu bekalan dari Rusia.

Selain itu, isu sekatan pergerakan baharu di China juga memberi tekanan kepada harga berikutan Beijing merupakan pengguna terbesar minyak mentah dunia.

Harga minyak jatuh semula hari ini berikutan laporan bahawa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menoreh rizabnya, tetapi mereka kekal melebihi AS$100 setong.

Menurut Bloomberg News, White House dijangka mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan sejuta tong sehari simpanannya untuk beberapa bulan sehingga mencapai jumlah 180 juta tong.

“Sekiranya pelepasan rizab kecemasan yang begitu besar benar-benar berlaku, pasaran minyak tidak lagi kekurangan bekalan pada suku kedua,” kata penganalisis Commerzbank Carsten Fritsch, sambil menambah bahawa ia akan membawa kepada lebihan bekalan pada suku ketiga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *