opec04

OPEC+ Lanjut Pemotongan, Arab Saudi Akan Kurangkan Pengeluaran Lebih Besar Pada Julai

Arab Saudi berjanji akan mengurangkan pengeluarannya pada Julai di samping perjanjian pemotongan OPEC+ bagi mengehadkan bekalan ke 2024 dalam usaha untuk meningkatkan harga minyak yang merosot.

Kementerian Tenaga Saudi berkata pengeluaran negara itu akan turun kepada 9 juta tong sehari (bpd) pada Julai daripada sekitar 10 juta bpd pada Mei, jumlah pemotongan terbesar dalam beberapa tahun.

“Kami mahu menambah untuk menjadikan sesuatu lebih baik. Kami sentiasa inginkan ketidakpastikan. Kami tidak mahu orang ramai cuba meramalkan apa yang kami lakukan… Pasaran ini memerlukan penstabilan”, kata Menteri Tenaga Saudi Putera Abdulaziz pada sidang akhbar.

OPEC+, merupakan gabungan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu yang diketuai oleh Rusiayang mengepam sekitar 40 peratus minyak mentah dunia, oleh itu sebarang perubahan pada dasar mampu memberi kesan besar kepada harga.

Keputusan mengejut OPEC+ untuk mengurangkan bekalan pada April lalu telah menyebabkan penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent melonjak lebih tinggi sekitar AS$9.

Bagaimanapun, harga telah kembali berundur, kini di bawah tekanan dan didagang sekitar AS$77/tong berikutan kebimbangan mengenai kelemahan ekonomi global dan kesannya terhadap permintaan.

Arab Saudi adalah satu-satunya ahli OPEC+ yang mempunyai kapasiti ganti dan storan yang mencukupi sehingga mudah untuk mereka mengurangkan dan meningkatkan pengeluaran.

Saudi juga mampu bertindak balas dengan pantas kepada lebihan bekalan yang melemahkan pasaran pada peringkat awal wabak pada 2020 apabila kumpulan pengeluar melaksanakan pemotongan output yang direkodkan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *