tesla-elon-musk1

Elon Musk Rampas Gelaran Individu Terkaya Dunia Pada 2023

Gabungan nilai bersih 500 orang terkaya melonjak sebanyak AS$1.5 trilion (RM6.89 trilion) pada 2023, pulih sepenuhnya daripada penurunan AS$1.4 trilion tahun sebelumnya.

Menurut Indeks Bilionaires Bloomberg, hasil kekayaan mereka sangat berkait rapat dengan prestasi saham teknologi yang meningkat kepada rekod baharu tahun ini.

Sektor teknologi menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan walaupun diliputi kebimbangan terhadap kemelesetan, inflasi yang berlaturan, kadar faedah yang tinggi serta kegawatan geopolitik.

Selain itu, perkembangan kecerdasan buatan turut menjadi pendorong utama sehingga menyaksikan kekayaan jutawan dalam sektor teknologi meningkat sebanyak 48% atau AS$658 bilion.

Elon Musk sekali lagi berjaya merampas gelaran individu terkaya dunia daripada hartawan barangan mewah LVMH Perancis, Bernard Arnault.

CEO Tesla Inc itu memperoleh tambahan AS$95.4 bilion sehingga semalam, disokong oleh kejayaan Tesla dan SpaceX, selepas mencatat kerugian AS$138 bilion pada 2022.

Nilai bersihnya kini lebih AS$50 bilion di atas Arnault selepas kelembapan global dalam permintaan untuk barangan mewah menekan saham dalam LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton SE.

Pengasas Amazon.com Inc Jeff Bezos juga menambah lebih daripada AS$70 bilion dalam kekayaannya tahun ini, dan kini berada di tempat kedua bersama Arnault. Kekayaan CEO Meta Platforms Inc Mark Zuckerberg pula melonjak lebih daripada AS$80 bilion.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *