openAI

OpenAI Buka Pejabat Ketiga Di Dublin, Hanya 9 Jawatan Kosong Ditawarkan

Syarikat kecerdasan buatan terkemuka, OpenAI dilaporkan sedang membuka pejabat di Dublin, kata syarikat yang disokong Microsoft itu pada hari Khamis.

Ia adalah pejabat ketiga syarikat selepas menempatkan ibu pejabatnya berada di San Francisco dan telah membuka pejabatnya di London pada Jun yang lalu.

Pejabat Dublin akan bermula kecil, membuka hanya sembilan jawatan kosong merentasi pasukan berbeza.

Ketua pegawai strategi OpenAI Jason Kwon bagaimanapun berkata mereka berhasrat untuk membuka lebih banyak peranan dalam masa terdekat.

Kwon menegaskan bahawa pejabat Dublin itu tidak akan menjadi ibu pejabat Eropah dan tiada rancangan atau tidak akan ada eksekutif yang mengendalikan pejabat tersebut.

“Kami suka berkembang dengan teliti dan tidak terlalu pesat kerana kami mahu memastikan budaya syarikat diwujudkan terlebih dahulu di pejabat baharu, sebelum kami berkembang,” kata Kwon.

OpenAI ialah salah satu daripada banyak syarikat teknologi AS yang menyediakan pejabat di Dublin.

Selain akses kepada kumpulan bakat yang sudah biasa dengan budaya syarikat seperti Meta dan Google, Ireland dilihat tempat yang baik untuk melibatkan diri dengan Eropah dari sudut pengawalseliaan dan pembangunan perniagaan, kata Kwon.

Implikasi cukai tidak memainkan peranan dalam keputusan itu, kerana OpenAI tidak menguntungkan, tambahnya.

ChatGPT OpenAI ialah aplikasi kedua yang paling pesat berkembang dalam sejarah, selepas Meta’s Threads.

Ia telah menarik minat perhatian ramai pengguna sehingga membawa OpenAI berkonflik dengan pengawal selia, terutamanya di Eropah, di mana pengumpulan data besar-besaran syarikat telah mendapat kritikan dari sudut privasi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *