openAI

OpenAI Mungkin Tinggalkan Eropah Jika Peraturan Sukar Dipatuhi

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman berkata bahawa ChatGPT mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan Eropah jika ia tidak dapat mematuhi peraturan kecerdasan buatan (AI) yang akan datang oleh Kesatuan Eropah.

EU sedang mengusahakan apa yang mampu menjadi sebuah set undang-undang dunia pertama untuk menguruskan kecerdasan buatan (AI).

Sebagai sebahagian daripada draf, syarikat yang menggunakan alat AI generatif, seperti ChatGPT, perlu mendedahkan sebarang bahan berhak cipta yang digunakan untuk membangunkan sistem mereka.

Sebelum mempertimbangkan untuk menarik diri, OpenAI akan cuba mematuhi peraturan di Eropah apabila ia ditetapkan, kata Altman dalam satu acara di London.

“Draf semasa Akta AI EU akan mengawal secara berlebihan, tetapi kami telah mendengar ia akan ditarik balik,” jelasnya.

Parlimen EU telah mencapai kata sepakat mengenai draf akta itu awal bulan Mei dan akan dibahaskan antara wakil-wakil Parlimen, Majlis dan Suruhanjaya untuk merungkai butiran akhir rang undang-undang itu.

“Terdapat banyak yang boleh mereka lakukan seperti menukar definisi tujuan umum sistem AI, ” kata Altman.

Tujuan Am Sistem AI adalah kategori yang dicadangkan oleh penggubal undang-undang untuk mengambil kira alatan AI dengan lebih daripada satu aplikasi, seperti model AI generatif ChatGPT yang disokong Microsoft.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *