battery-panasonic-4680

Panasonic, Subaru Dijangka Umumkan Rancangan Perkongsian Bateri EV – Nikkei

Panasonic Holdings Jepun dan pembuat kereta Subaru menerusi laporan pendapatan suku pertama dijangka mengumumkan rancangan untuk perkongsian bateri kenderaan elektrik tidak lama lagi.

Panasonic, yang membekalkan hampir semua bateri EVnya kepada Tesla, sedang berusaha untuk meningkatkan pasaran global apabila pesaing China dan Korea Selatan mengembangkan kehadiran mereka, lapor Nikkei.

Nikkei berkata terdapat kemungkinan Subaru boleh memilih untuk menggunakan bateri 4680, sel terbaharu yang diterajui oleh ketua eksekutif Tesla, Elon Musk.

Jurucakap Panasonic berkata ia sedang meneliti pelbagai strategi pertumbuhan untuk perniagaan automotifnya tetapi tiada maklumat baharu yang boleh dikongsi.

Panasonic akan mengeluarkan keputusan pendapatan suku pertama pada hari Isnin hadapan, manakala Subaru akan melakukannya pada hari Rabu.

Unit tenaga Panasonic dan Mazda Motor pada Jun mengumumkan bahawa mereka juga akan memulakan perbincangan bagi menubuhkan perkongsian bekalan bateri untuk EV.

Subaru berkata pada Mei ia menyasarkan untuk 200,000 jualan global kenderaan berkuasa bateri setahun menjelang sekitar 2026 susulan usahanya untuk meneroka pasaran EV yang semakin berkembang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *