Bank Pusat China (PBOC) mengejutkan pasaran selepas mengurangkan kadar faedah utama untuk kali kedua dalam tiga bulan pada hari ini.
Keputusan PBOC itu menjadi isyarat baharu bahawa pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha pelonggaran monetari untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.
Penganalisis berkata, langkah itu membuka pintu kepada potensi pengurangan dalam kadar utama pinjaman (LPR) penanda aras pinjaman China minggu hadapan.
Pertumbuhan kredit yang merudum dan risiko deflasi yang meningkat pada Julai memerlukan lebih banyak langkah pelonggaran monetari untuk menahan kelembapan, kata pemerhati pasaran.
Sementara itu risiko kegagalan membayar hutang pada sesetengah pemaju perumahan dan terlepas pembayaran oleh pengurus kekayaan swasta turut menjejaskan keyakinan pasaran kewangan.
“Semua ini menambahkan lagi keperluan bahawa pembuat dasar perlu bertindak pantas sebelum keyakinan pengguna dan perniagaan merosot secara mendadak,” kata Tommy Wu, pakar ekonomi kanan China di Commerzbank.
PBOC berkata ia menurunkan kadar pinjaman kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) satu tahun pada 401 bilion yuan ($55.25 bilion) kepada beberapa institusi kewangan sebanyak 15 mata asas kepada 2.50 peratus daripada 2.65 peratus sen sebelum ini.
Suntikan tunai itu adalah untuk mengatasi faktor termasuk pembayaran cukai untuk “memastikan mudah tunai sistem perbankan mencukupi”, kata PBOC dalam satu kenyataan.