Pegawai SPRM yang mempunyai BMI melebihi 27 tidak layak untuk naik pangkat

Rio Boestamam
1 Min Read

Pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 27 tidak akan layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat mulai Januari 2026, kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau mengumumkan tempoh bertenang selama enam bulan bermula sekarang bagi membolehkan semua warga SPRM mencapai berat badan ideal.

“Arahan ini dilaksanakan bagi mengelakkan isu obesiti dalam kalangan kakitangan SPRM yang merupakan penjawat awam,” katanya.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dahulu menetapkan had BMI pada 26 untuk kelayakan naik pangkat.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, yang menyerahkan tugas kepada pengarah baharu, Azmin Yusuff.

Azam turut menegaskan bahawa semua bahagian SPRM, sama ada di ibu pejabat mahupun peringkat negeri, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan di hospital kerajaan. Katanya, penjawat awam yang mengalami masalah berat badan berlebihan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Beliau menekankan bahawa masalah obesiti dalam perkhidmatan awam perlu dicegah dan tidak sepatutnya berlaku.

“Apabila pegawai dan anggota SPRM mengekalkan berat badan serta penampilan yang sihat, ia akan memudahkan segala urusan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” tambahnya.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *