btc-el-salvador

Pelaburan El Salvador Dalam Bitcoin Susut Lebih 65% Akibat Kejatuhan Kripto Yang Berterusan

Kejatuhan bitcoin yang telah menyaksikan penyusutan lebih 65% daripada nilai token El Salvador secara besar-besaran selepas negara itu meluluskan kripto sebagai tender yang sah pada bulan September tahun lalu.

Menurut pengiraan Bloomberg dengan menjejaki pembelian menggunakan tweet Presiden Nayib Bukele, El Salvador telah kehilangan kira-kira $56 juta dalam pertaruhannya dengan bitcoin.

Sejak September yang lepas, El Salvador telah membeli 2,301 bitcoin dengan purata $45,908 setiap token dan dengan jumlah kos sekitar $105.6 juta.

Pada hari Khamis, bitcoin turun 1.3% kepada $21,132, menandakan penurunan kesepuluh dan kerugian berturut-turut paling lama sejak 2014.

Negara Amerika Tengah itu mempunyai $800 juta bon yang perlu dibayar pada bulan Januari, dan kemerosotan bitcoin telah menimbulkan kebimbangan untuk El Salvador yang kekurangan tunai.

Menurut Bloomberg, prestasi hutang dolar El Salvador adalah yang terburuk di Amerika Latin tahun ini.

Pada Isnin lalu, Menteri Kewangan Alejandro Zelaya, menyatakan sedikit kebimbangan mengenai kegawatan bitcoin.

“Apabila mereka memberitahu saya bahawa risiko fiskal untuk El Salvador kerana Bitcoin adalah sangat tinggi, satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan ialah tersenyum. Risiko fiskal adalah sangat minimum,” katanya pada sidang akhbar.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *