viva-eu-tech-expo

Pelaburan Ke Dalam Syarikat Pemula Teknologi Eropah Dijangka Jatuh 55 Peratus Pada 2023 -Atomico

Jumlah modal yang dilaburkan ke dalam syarikat pemula teknologi Eropah diunjurkan jatuh kepada AS$45 bilion tahun ini, turun 55 peratus berbanding tahun 2021 yang mana jumlah pada ketika itu mencecah AS$100 bilion buat kali pertama.

Menurut laporan daripada firma modal teroka Atomico, penurunan itu kebanyakannya disebabkan oleh pada peringkat-peringkat seterusnya, syarikat menangguhkan pengumpulan dana, serta kadar penggunaan yang lebih perlahan oleh para pelabur.

Pada 2022, modal yang dilaburkan di Eropah ialah $82 bilion, kata Tom Wehmeier, rakan kongsi di Atomico.

“Sesetengah syarikat pemula yang mengumpulkan jumlah besar pada 2021/awal 2022 untuk mencapai penilaian bilion dolar mereka akan melihat penilaian mereka jatuh di bawah paras bilion dolar,” jelasnya.

“Saya menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi penurunan nilai tahun depan kerana syarikat-syarikat tersebut berkemungkinan kesuntukan masa untuk mencapai sesuatu, dan perlu kembali ke pasaran pada 2024 atau 2025 untuk kekal bertahan,” tambah beliau.

Menurut Atomico, sepanjang tempoh lima tahun antara 2018 dan 2022, sejumlah 257 syarikat teknologi Eropah mencapai penilaian bilion dolar, termasuk lebih daripada 150 pada 2021 dan 2022.

Walau bagaimanapun, pusingan pembiayaan Eropah masih akan meningkat 18 peratus berbanding 2020, setahun sebelum berlakunya ledakan pelaburan teknologi pada 2021.

Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat, China dan negara lain berada di landasan untuk mendarat rata atau di bawah angka 2020, kata Wehmeier.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *