FILE PHOTO: A picture illustration shows Russian rouble banknotes of various denominations on a table in Warsaw, Poland, January 22, 2016. REUTERS/Kacper Pempel/File Photo

Pembayaran Cukai Meningkat, Rubel Rusia Cecah Paras Tertinggi Hampir 7 Tahun

Rubel Rusia melonjak pada hari Isnin ke paras tertinggi hampir tujuh tahun berbanding dolar di Moscow Exchange, disokong oleh kawalan modal dan janji pembayaran cukai akhir bulan hadapan yang dibentangkan dalam belanjawan baharu kerajaan Rusia hari ini.

Rubel melonjak 1.2% kepada 55.75 berbanding dolar, sebelum ini mencecah 55.44, paras paling kukuh sejak awal Julai 2015.

Ia juga telah meningkat 0.6% kepada 58.49 berbanding euro, menghampiri paras terkuatnya dalam hampir lima tahun sebanyak 57.10 yang dicapai pada Mei.

Perolehan tinggi Rusia daripada eksport komoditi dan penurunan mendadak dalam import bersama-sama dengan larangan isi rumah mengeluarkan simpanan mata wang asing mereka telah mendorong rubel mencatat prestasi mata wang terbaik dunia pada tahun ini.

Penggubal dasar utama menggunakan forum ekonomi tahunan Rusia di St. Petersburg pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai kekuatan rubel baru-baru ini.

Beberapa kebimbangan termasuk potensi pengukuhkan rubel akan membebankan ekonomi kerana ia sedang bergerak menuju ambang kemelesetan susulan sekatan negara Barat ke atas Rusia.

Timbalan Perdana Menteri Pertama Andrei Belousov berkata rubel telah terlebih nilai dan industri akan lebih selesa jika ia jatuh antara 70 hingga 80 berbanding dolar AS.

Perbincangan aktif mengenai kadar rubel yang “wajar” menunjukkan terdapat kebimbangan mengenai kesan tahap semasa ke atas belanjawan dan import, kata Dmitry Polevoy, ketua pelaburan di Locko-Invest.

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov pada hari Isnin berkata peraturan fiskal harus direka untuk membantu membina simpanan dan menstabilkan mata wang rubel.

Rubel dilihat mampu untuk meneruskan peningkatan pada minggu ini berikutan syarikat perlu membayar cukai, yang mana syarikat-syarikat berfokuskan eksport kebiasaannya menukar pendapatan dolar dan euro mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *