luxshare-vietnam

Pembekal Apple Luxshare Tambah Pelaburan AS$330 juta Di Utara Vietnam

Pembekal Apple, Luxshare Precision Industry Co telah dianugerahkan lesen untuk menambah pelaburan AS$330 juta dalam kilangnya di wilayah utara Vietnam, Bac Giang.

Angka tersebut meningkatkan jumlah pelaburan Luxshare kepada $504 juta, kata pihak berkuasa wilayah Bac Giang.

Kemudahan baharu di Luxshare-ICT, cabang Luxshare di Vietnam, akan berada di kawasan seluas 29.1 hektar (72 ekar) dan akan menghasilkan kabel untuk peranti pintar, peralatan komunikasi, pen sentuh, tag kedudukan pintar dan jam tangan pintar, jelas pihak berkuasa semalam.

Luxshare yang berpangkalan di China, salah satu pembuat utama AirPods Apple, mula melabur di Vietnam sejak 2019.

Pelaburan tambahannya di negara itu muncul ketika pengeluar lain berusaha untuk mempelbagaikan lagi pengeluaran dari China dan kemudana tersebut dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Awal tahun ini, Foxconn, pembekal Apple yang lain turut menubuhkan sebuah kilang baharu di tengah Vietnam dan meningkatkan pelaburannya di negara itu sebanyak AS$250 juta untuk membuat kenderaan elektrik dan alat ganti telekomunikasi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *