yuan-rubel-e1708925131379

Rusia Dalam Perbincangan Dengan China Mengenai Pinjaman Dalam Yuan

Kementerian Kewangan Rusia, Anton Siluanov telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari China tentang kemungkinan mengambil pinjaman dalam yuan.

Silaunov mengumumkan hal itu kepada media kerajaan dalam kenyataan yang diterbitkan semalam walaupun belum ada keputusan dilakukan.

“Rundingan dengan rakan kongsi China telah berlangsung lama. Setakat ini tiada keputusan,” kata beliau kepada agensi berita RIA.

“Kami membincangkan topik ini pada akhir tahun lepas pada dialog antara kementerian,” tambahnya.

Siluanov menambah Moscow bersedia untuk mula menguji pembayaran dalam mata wang digital dengan China atau negara-negara Kesatuan Ekonomi Eurasia dan akan mempromosikan idea itu dengan rakan kongsinya.

Beliau mengulangi pendirian Rusia bahawa sebarang tindakan terhadap aset Rusia di luar negara akan menerima tindak balas yang sebanding di Moscow.

Kesatuan Eropah dan Kumpulan Tujuh negara (G7) membekukan kira-kira 300 bilion euro (AS$323 bilion) aset bank pusat Rusia berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada 2022. EU dan G7 telah berdebat sama ada dan bagaimana dana ini boleh digunakan selama setahun lebih.

“Kami mengikuti keputusan negara Barat: kami telah membekukan tidak kurang (daripada mereka),” kata Siluanov.

Siluanov berkata bajet Rusia “terkawal” dengan pendapatan masuk sedikit tinggi daripada jangkaan tahun ini. Perbelanjaan lebih perlahan daripada kadar tahun lepas, berikutan kawalan yang lebih ketat ke atas bayaran pendahuluan dan justifikasi perbelanjaan, tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *