chicken-import-malaysia

Pembelian Makanan Dari Luar Negara Dorong Peningkatan Jumlah Import Malaysia

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan hari ini menunjukkan jumlah import negara meningkat 0.7 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya dengan pembelian sumber-sumber makanan dari luar negara menjadi pendorong utama.

Dalam satu kenyataan, DOSM berkata harga import Malaysia, seperti yang diukur oleh indeks nilai seunit import, meningkat 2.9% pada Mei 2022 berbanding sebulan sebelumnya.

“Pada asas tahun ke tahun, nilai unit import dan indeks saiz masing-masing meningkat 12.9% dan 21.7%,” tambah DOSM.

Peningkatan tersebut dipandu oleh kenaikan import makanan, mesin dan alatan kenderaan, serta pelbagai barangan buatan.

Sementara itu, menurut DOSM, harga eksport pula meningkat pada bulan Mei, manakala saiz eksport merosot.

Ketua Perangkawaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata dalam satu kenyataan bahawa “Indeks nilai seunit eksport meningkat 3.9% pada Mei 2022 berbanding bulan sebelumnya”.

“Ia disokong oleh kenaikan indeks bahan api mineral, haiwan, minyak sayuran dan lemak, termasuk mesin dan peralatan pengangkutan,” tambahnya.

Namun begitu, indeks saiz eksport merosot berikutan penurunan dalam eksport barangan perkilangan, pelbagai barangan buatan serta jentera dan kelengkapan pengangkutan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *