bitcoin-eth

Penggodam Eksploitasi Jambatan Blockchain Harmony, Rompak AS$100 Juta Dalam Kripto

Firma kripto AS Harmony berkata bahawa kira-kira AS$100 juta dalam bentuk syiling digital telah dicuri semalam dalam siri rompakan siber baharu yang mensasarkan mata wang kripto.

Harmony membangunkan blockchain untuk dijadikan tapak kewangan tidak berpusat yang menawarkan pinjaman dan perkhidmatan lain tanpa pengawasan tradisional seperti bank dan token yang tidak boleh digunakan.

Syarikat yang berpangkalan di California itu berkata rompakan itu telah menimpa “bridge” Horizonnya, satu perisian asas yang digunakan untuk memindahkan kripto di antara blockchain yang berbeza.

Siri rompakan telah lama berlaku dalam sektor kripto dengan sasaran terhadap jambatan-jambatan blockchain terus meningkat.

Menurut Elliptic, sebuah syarikat analitik blockchain di London, melaporkan bahawa setakat tahun ini, lebih AS$1 bilion telah dicuri daripada jambatan itu.

Harmony menerusi ciapan twitternya berkata ia sedang “bekerjasama dengan pihak berkuasa negara dan pakar forensik untuk mengenal pasti pelakunya dan mendapatkan semula dana yang dicuri”.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Harmony menambah bahawa mereka mempunyai pasukan global yang sedang “bekerja sepanjang masa untuk menangani isu itu”.

Elliptic, yang telah menjejaki data-data blockchain yang boleh dilihat secara terbuka, berkata penggodam telah mencuri beberapa mata wang kripto yang berbeza daripada Harmony.

Rompakan itu termasuk ether, Tether, dan USD Coin, yang kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk ether dengan menggunakan pertukaran yang dipanggil “decentralised”.

Pada bulan Mac lalu, penggodam telah mencuri mata wang kripto bernilai sekitar AS$615 juta daripada Ronin Bridge, digunakan untuk memindahkan kripto masuk dan keluar dari permainan Axie Infinity.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *