gartner

Penghantaran PC, Telefon Mudah Alih Dijangka Kembali Merosot Pada 2023 – Gartner

Penghantaran komputer peribadi dan telefon mudah alih dijangka jatuh untuk tahun kedua berturut-turut pada 2023, dengan penghantaran telefon merosot ke paras terendah sedekad.

Firma penyelidikan IT, Gartner pada hari ini menurunkan unjuran dalam penghantaran telefon mudah alih kepada 4 peratus, bersamaan 1.34 bilion unit pada 2023.

Angka itu menurun daripada 1.40 bilion unit pada 2022, kata Gartner yang mana pada 2021, jumlah penghantara mencecah 1.43 bilion unit.

Jumlah penghantar itu juga hampir menyamai tahap penghantaran 2009 apabila telefon Blackberry dan Nokia menjadi peneraju pasaran sementara Apple cuba untuk mengekang penguasaan mereka.

Pasaran telefon mudah alih memuncak pada 2015 apabila penghantaran mencecah 1.9 bilion unit.

Pandemik telah membawa kepada perubahan asas di mana orang yang bekerja dari rumah tidak merasakan keperluan untuk menukar telefon dengan kerap, kata Ranjit Atwal, pengarah penyelidikan di Gartner, dalam satu temu bual.

“Pengguna memegang telefon mereka lebih lama daripada jangkaan, dari enam hingga sembilan bulan, dan beralih daripada kontrak tetap kepada fleksibel tanpa adanya teknologi baharu yang bermakna,” katanya.

Peningkatan kadar faedah global dan kos sara hidup telah kembali melembapkan permintaan untuk telefon pintar pada pertengahan tahun lalu, melanda syarikat-syarikat teknologi dari Samsung hingga Apple.

Penghantaran komputer peribadi pula dijangka merosot 6.8 peratus tahun ini selepas jatuh 16 peratus pada 2022, kata firma penyelidikan itu.

Kemerosotan dalam pasaran peranti bagaimanapun akan perlahan pada ini berikutan jangkaan prospek ekonomi yang kurang pesimis sepanjang tahun yang dijangka akan meningkatkan perbelanjaan pengguna dan perniagaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *