usa-china-guerra-comercial-chips

Pengimport Di AS Telah Bayar Lebih AS$32 bilion Tarif Ke Atas Produk Teknologi Dari China

Para pengimport produk teknologi dari China telah membayar lebih AS$32 bilion cukai yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump antara pertengahan 2018 hingga akhir 2021, lapor satu kumpulan perdagangan baharu semalam.

Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) dalam laporannya berkata bahawa industri teknologi telah mengurangkan pergantungannya kepada China akibat pelaksanaan tarif dan mengimbanginya dengan meningkatkan import dari Vietnam, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia dan negara lain.

Menurut data Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, hampir separuh daripada jumlah tarif AS$32 bilion itu telah dibayar ke atas komputer dan produk elektronik keluaran China.

Jumlah tarif “Seksyen 301” yang dibayar ke atas barangan China sehingga 13 Julai berjumlah AS$145.43 bilion, jelas mereka.

Laporan CTA ini dikeluarkan ketika pihak pentadbiran Biden masih dalam perbincangan untuk menghapuskan sebahagian tarif sebagai satu usaha mengurangkan tekanan inflasi yang sedang dihadapi oleh para pengguna.

Ed Brzytwa, naib presiden perdagangan antarabangsa CTA, berkata dalam satu kenyataan bahawa tarif itu menjejaskan perniagaan AS, tidak menyelesaikan cabaran perdagangan daripada China.

“Dengan kenaikan harga merentasi semua sektor ekonomi kita, penghapusan tarif akan mengurangkan inflasi yang berleluasa dan berbahaya serta menurunkan kos untuk rakyat Amerika,” tegasnya.

Kumpulan itu juga berkata tidak ada peralihan produk teknologi yang tidak terjejas oleh tarif, dengan China menyumbang 84 peratus daripada import AS dalam kategori itu pada 2017 dan 2021.

Bagaimanapun, beberapa import barangan teknologi pengguna keluaran China lebih tinggi pada 2021 berbanding 2017 walaupun dikenakan cukai.

Hal ini menunjukkan bahawa motivasi di kalangan beberapa syarikat untuk “meninggalkan China” semakin berkurangan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *