dollar-usd

Peningkatan Aliran Safe Haven Dorong USD Hampiri Paras Kemuncak Ketika Pandemik

Dolar AS menuju prestasi bulanan terbaik sejak 2015, berada pada paras tertinggi yang pernah dilihat ketika permulaan pandemik, disokong oleh prospek kenaikan kadar AS serta aliran safe haven susulan pertumbuhan yang perlahan di China dan Eropah.

Kebimbangan terhadap keselamatan tenaga Eropah telah mendorong euro jatuh ke paras terendah lima tahun pada $1.0635 selepas Gazprom Rusia berkata ia akan mengurangkan bekalan gas ke Poland dan Bulgaria.

Indeks dolar AS yang mengukur kekuatan greenback berbanding sekumpulan enam mata wang utama lain, meningkat kepada 102.39 pada sesi Asia, paras paling kukuh sejak Mac 2020 dan bakal mencatat peningkatan 4 peratus pada bulan ini.

“Dolar AS adalah lindung nilai dalam pasaran pada waktu ini, manakala komoditi termasuk emas tidak lagi berfungsi dengan berkesan,” kata penganalisis di Citi.

“Dolar juga menawarkan lebih banyak hasil daripada mana-mana alternatif FX tempat selamat yang lain,” tambahnya.

Euro, yuan dan yen telah jatuh berikutan para pelabur menjangkakan kadar faedah di AS akan naik lebih cepat berbanding negara ekonomi utama yang lain.

“Walaupun Fed berhenti mengetatkan (dasar) pada Jun 2022, AS dijangka mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding (Eropah) sepanjang 2023,” kata pakar strategi Deutsche Bank, Alan Ruskin.

Laporan pendapatan AS berkemungkinan akan menetapkan nada pasaran kewangan pada hari ini menjelang data pertumbuhan AS pada hari esok yang mana jika angka yang kukuh berpotensi menguatkan pertaruhan untuk melihat ‘rate hike’ Fed yang lebih tinggi pada mesyuarat Mei ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *