Penjual belon di Jalan TAR wajib miliki lesen, DBKL perketat pemantauan

Aina Julia
1 Min Read

Penjual belon di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman diwajibkan mendapatkan lesen, menurut Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Langkah ini bertujuan memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan lebih teratur, terutama sepanjang bulan Ramadan apabila kawasan tersebut menerima peningkatan pengunjung.

JWP dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pemeriksaan oleh unit penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati penjual belon di kawasan itu telah memperoleh lesen yang diperlukan. Ini sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih tersusun.

Tahun lalu menyaksikan suasan tegang antara peniaga belon dan pihak penguatkuasa di Jalan TAR.

Menurut JWP, langkah tersebut juga penting bagi memastikan keselamatan pengunjung di kawasan membeli-belah yang sibuk itu. DBKL akan terus memantau tahap pematuhan bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan popular seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman kekal selamat dan terkawal.

Pengumuman ini dibuat susulan video tular tahun lalu yang memaparkan konfrontasi antara penjual belon dan pegawai penguat kuasa DBKL. Pihak berkuasa menegaskan bahawa penjualan belon dibenarkan selagi peniaga memiliki lesen sah daripada pihak berkaitan.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *