Pempengaruh Tiktok Malaysia dengan 1.6 juta follower ditahan untuk siasatan ‘mesej lucah’

Rio Boestamam
1 Min Read

Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu, atau nama sebenarnya Mohd Iqbal, telah menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan. Ini berhubung dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, beliau hadir secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam dan kemudiannya ditahan sebelum direman hari ini bagi siasatan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka ke atas kes tersebut.

Caprice Dedah Aduan Ibu Mangsa

Pendedahan awal berhubung kes ini dibuat oleh personaliti media sosial Caprice, yang mendakwa telah dihubungi oleh ibu mangsa. Wanita itu memohon bantuan selepas mendapati anaknya menerima mesej dan gambar tidak senonoh daripada pempengaruh berkenaan.

Caprice turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar oleh lelaki itu, termasuk gambar yang didakwa bertujuan menunjukkan parut pembedahan, namun kandungannya berunsur lucah dan tidak wajar.

Selain itu, CEO Batu juga dilaporkan telah menghubungi ibu mangsa untuk memohon maaf, dan menyatakan hasrat untuk bertemu secara peribadi bagi menyelesaikan perkara itu.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *