pepsi-e1711206699851

PepsiCo Tambah Pelaburan AS$400 juta Untuk Bina Dua Kilang Baharu Di Vietnam

Pembuat makanan dan minuman Amerika Syarikat, PepsiCo Inc menyatakan komitmen untuk melabur tambahan AS$400 juta di Vietnam bagi membina dua kilang baharu yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui di negara itu, kata kerajaan Vietnam semalam.

Pengumuman itu dibuat ketika delegasi lebih 60 perusahaan AS, termasuk Suntory PepsiCo Vietnam Beverage, mengadakan lawatan kerja 3 hari ke Vietnam minggu ini.

Satu kilang pembuatan minuman akan berada di wilayah selatan Long An dan menelan belanja lebih AS$300 juta, dan satu lagi untuk pemprosesan makanan akan berada di wilayah Ha Nam utara dengan pelaburan sebanyak $90 juta.

Pada akhir tahun lalu, PepsiCo berkata ia telah diberikan sijil pelaburan untuk kilang Ha Nam, yang dijadualkan mula beroperasi pada suku ketiga 2025.

PepsiCo, yang menjalankan lima kilang di seluruh Vietnam telah memasuki negara itu pada tahun 1994.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *