dolar-as-usd-greenback

Perbendaharaan AS Berjanji Akan Kekalkan Tekanan Ekonomi Ke Atas Rusia

Amerika Syarikat akan terus bertindak untuk memberi tekanan kepada ekonomi Rusia kerana pencerobohan Presiden Rusia Vladimir Putin ke atas Ukraine, kata Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS Wally Adeyemo kepada CNBC semalam.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy dalam satu kenyataan memohon negara-negara Barat untuk menutup laluan air antarabangsa daripada Rusia dan melaksanakan sekatan perdagangan penuh ke atas Moscow.

Mengulas apakah pihak pentadbiran Biden akan memenuhi tuntutan tersebut, tanpa memberi butiran yang terperinci, Adeyemo berkata AS akan mengambil tindakan yang konsisten dengan matlamat Zelenskiy.

“Jadi anda akan melihat kami terus memberi tekanan kepada ekonomi Rusia untuk menghentikan keupayaan mereka untuk menunjukkan kuasanya. Kami akan terus mengejar elit Rusia untuk mengambil sumber daripada Presiden Putin,” kata Adeyemo.

“Dan kemudian kami akan menggunakan kawalan eksport untuk merendahkan keupayaan mereka untuk menonjolkan kuasa di masa hadapan, yang mana semuanya konsisten dengan permohonan Presiden Zelenskiy,” tambah Adeyemo.

Pegawai nombor dua Perbendaharaan itu berkata bahawa sekatan Barat telah menyebabkan “krisis kewangan” di Rusia sehingga berdepan kesukaran untuk membiayai operasi perangnya.

Rusia mempunyai dua pembayaran bon dalam denominasi dolar yang perlu dibayar pada hari Rabu ini dan telah berkata bahawa mereka bersedia untuk membayar dalam rubel, satu keputusan yang menyamai kegagalan membayar hutang.

“Mereka berada dalam kedudukan di mana mereka perlu membuat pilihan tentang hutang yang mereka bayar pada masa hadapan dan pilihan itu akhirnya akan meletakkan (Putin) pada kedudukan di mana dia perlu membuat keputusan sama ada akan pencerobohan atau menghentikannya,” tambah Adeyemo.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *