petrochina-lng

PetroChina, Petronas Malaysia Tandatangani Perjanjian LNG

PetroChina International Co Ltd berkata ia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Petronas Malaysia untuk membeli gas asli cecair (LNG).

Perjanjian yang ditandatangani pada 17 April lalu itu adalah perjanjian jualan dan pembelian LNG jangka sederhana hingga panjang pertama pasangan itu, kata PetroChina dalam satu kenyataan pada Selasa tanpa memberikan butiran urus niaga lanjut.

China merupakan pengimport LNG terbanyak di dunia pada 2021, menghantar 78.8 juta tan bahan api cecair gas asli itu.

Selain pengimport terbesar, syarikat minyak dan gas dari China itu juga merupakan syarikat tersenarai milik China National Petroleum Corp (CNPC).

Bagaimanapun, angka import itu telah diatasi oleh Jepun pada tahun lalu berikutan harga semasa yang tinggi dan selepas langkah-langkah pembendungan COVID-19 yang ketat mengekang aktiviti ekonomi dan permintaan tenaga seluruh dunia, dengan import merosot kepada 63.4 juta tan.

Memetik kenyataan eksekutif di PetroChina Co Ltd pada Mac lalu, permintaan gas asli negara tembok besar itu mungkin meningkat pada tahun ini apabila ekonomi pulih.

Namun begitu, sebarang pemulihan import bahan api itu hanya akan bergantung pada harga semasa, jelasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *