powell-kongres

Powell: Bantuan Pandemik Bukan Pemacu Utama Inflasi Di AS

Pengerusi Fed Jerome Powell pada Khamis mengenepikan dakwaan bahawa bantuan pandemik kerajaan adalah faktor utama yang memacu inflasi AS, sebaliknya menyalahkan gabungan isu-isu global termasuk perang di Ukraine.

Rangsangan perbelanjaan tetap merupakan salah satu faktor, namun “peningkatan harga terlalu tinggi yang kita lihat adalah berpunca daripada penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.”

“Apabila permintaan menjangkaui bekalan tetap, apa yang berlaku ialah harga akan menaik,” kata Powell kepada penggubal undang-undang.

Inflasi AS telah melonjak ke paras tertinggi dalam 40 tahun, meningkat pesat dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan harga bahan api dan makanan yang melambung tinggi kesan daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pihak Pembangkang Republikan telah menyalahkan Pelan Bantuan Amerika bernilai AS$1.9 trilion Presiden Joe Biden yang diluluskan pada tahun lepas sehingga mendorong kenaikan harga yang sangat ketara.

Bagaimanapun Powell, ketika memberi keterangan Khamis di hadapan jawatankuasa Dewan telah menafikan dakwaan tersebut dapat menyebutkan bahawa inflasi adalah isu global.

Ahli parlimen demokratik Gregory Meeks menyatakan bahawa kenaikan harga kebanyakannya disebabkan oleh “rantaian bekalan, penutupan dasar sifar Covid China, perang Rusia di Ukraine, dan pandemik.”

“Bukankah gabungan isu-isu ini menjadi punca yang menyumbang kepada inflasi dan menyebabkannya berlaku di seluruh dunia?” tanya Meeks.

“Boleh dikatakan begitu. Itu penerangan yang cukup bagus,” kata Powell pada hari kedua testimoni kepada Kongres.

Dan, beberapa faktor tersebut “di luar kawalan kami — contohnya, harga minyak dan kebanyakan harga makanan,” tambah beliau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *