powell-kongres

Powell: Mungkin Kadar Akan Terus Dinaikkan, Namun Lebih Perlahan

Federal Reserve menjangka akan terus menaikkan kadar faedah namun pada kadar yang lebih perlahan, kata pengerusi Fed Jerome Powell kepada sidang kongres.

“Melihat sejauh mana kita etlah melangkah, mungkin munasabah untuk menaikkan kadar tetapi pada kadar yang lebih sederhana,” katanya kepada Jawatankuasa Dewan Perkhidmatan Kewangan.

Jawatankuasa FOMC telah menghentikan kempen agresif menentang inflasi minggu lepas selepas 10 kenaikan kadar faedah berturut-turut, memberi lebih banyak masa kepada penggubal dasar untuk menilai kekuatan ekonomi negara.

“Hampir semua ahli FOMC menjangkakan bahawa adalah wajar untuk menaikkan kadar faedah sedikit lagi menjelang akhir tahun ini,” jelas Powell.

Fed telah pun menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 5 mata peratus sejak Mac 2022, daripada hampir sifar kepada julat antara 5 hingga 5.25 peratus.

Walaupun dengan pergerakan agresif itu, inflasi kekal jauh melebihi sasaran jangka panjang Fed sebanyak 2 peratus.

“Masih jauh untuk kami mencapainya, tetapi tetap mencatatkan kemajuan” kata Powell.

“Inflasi secara konsisten mengejutkan kami dengan menjadi lebih berterusan daripada yang dijangkakan,” tambahnya.

Kemunculan Powell di Kongres memberi penggubal dasar peluang untuk membincangkan dasar bank ketika kadar faedah yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *