powell-kongres

Powell : Spekulasi Fed Akan Kurangkan Kadar Faedah Masih “Terlalu Awal”

Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam satu kenyataan berkata bahawa masih terlalu “terlalu awal” untuk membuat spekulasi mengenai bila Fed akan mula mengurangkan kadar faedah walaupun bank sedang mengalami kemajuan yang positif terhadap inflasi.

Federal Reserve sebelum ini telah mengambil langkah yang agresif untuk menangani inflasi dan dilihat telah berjaya memperlahankan dan meredakan kenaikannya.

Namun begitu, keputusan Fed untuk menaikkan kadar pinjaman ke paras tertinggi 22 tahun dan mengekalkannya setakat ini masih gagal untuk menurunkan inflasi kepada sasaran jangka panjangnya sebanyak 2 peratus.

Pada Jumaat yang lalu, Powell berkata kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) ketika ini akan terus dikekalkan untuk mengawal inflasi walaupun terdapat kejayaan ketara.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan dengan yakin bahawa kami telah mencapai pendirian yang cukup terhad, atau untuk membuat spekulasi mengenai bila kadar faedah ini mungkin berkurangan,” katanya pada satu acara di Atlanta, Georgia.

“Kami bersedia untuk mengetatkan lagi dasar jika ia sesuai untuk berbuat demikian,” tegas beliau.

“Setelah melangkah sejauh ini, begitu cepat, FOMC bergerak ke hadapan dengan berhati-hati, kerana risiko kekurangan dan terlalu ketat menjadi lebih seimbang,” tambah Powell.

Menurut data daripada CME Group, terdapat 98 peratus kebarangkalian bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah untuk mesyuarat ketiga berturut-turut pada keputusan 12-13 Disember ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *